LANGKAH-LANGKAH MENGUNAKAN MEDICAL CARD DAN MEMBUAT TUNTUTAN

Buat Tuntutan, Apa yang boleh dan Tidak
  1. Tuntutan sebagai pesakit luar
  2. Akibat kemalangan
  3. Fisiotrapi

            iii. Temujanji doktor

  1. Tuntutan Kemasukan Wad
  2. Tuntutan Pre dan Post Hospital
  3. Tuntutan Pay and Claim
  4. Tuntutan daily hospital
  5. Tuntutan medical report

Untuk menggunakan kemudahan Insuran Kesihatan anda (Kad Perubatan) anda seharusnya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dengan fasiliti kad perubatan yang anda miliki. Anda hanya perlu ke klinik atau hospital dan menunjukkan kad pengenalan atau kad perubatan anda sebaiknya Panel klinik dan hospital yang dinyatakan oleh pengendali Insuran. Anda juga boleh  menghubungi agen atau pihak insuran di nombor telefon yang tertera dibelakang kad perubatan anda.

6 JENIS TUNTUTAN UTAMA YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH PEMEGANG KAD PERUBATAN

  1. Tuntutan sebagai pesakit luar
  2. Akibat kemalangan –
  3. Fisiotrapi

            iii. Temujanji doktor

  1. Tuntutan Kemasukan Wad
  2. Tuntutan Pre dan Post Hospital
  3. Tuntutan Pay and Claim
  4. Tuntutan daily hospital
  5. Tuntutan medical report

BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAD PERUBATAN TAKAFUL

Di sini saya ingin menerangkan step-by-step bagaimana menggunakan kad perubatan takaful anda. Tidak kisahlah anda mempunyai kad takaful jenama apa, tapi secara asasnya langkah-langkah yang dikongsikan di sini boleh digunakan.

Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan anda yang mempunyai kad takaful supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit.

CARA MENGGUNAKAN KAD PERUBATAN KETIKA BUKAN KECEMASAN

  1. Insuran Anda Inforce – Paling utama pastikan sumbangan/bayaran plan takaful Insuran anda mencukupi tiap-tiap bulan bagi memastikan kelancaran tuntutan dan admission. Sentiasa semak bayaran, malang bila nak claim sekali insuran/takaful anda dah Lapse. Ada kes bayar melalui potongan bulanan namun tak semak bayaran dah lama tak berjaya dan polisi lapse.
  2. Waiting Period Kad – Kad perubatan yang diambil telah ada ditetapkan tempoh menunggu atau waiting period. Untuk kemalangan berkuatkuasa serta merta selepas polisi infoce, kalau deman biasa atau bukan penyakit khusus tempohnya adalah 30 hari manakala untuk penyakit khusus ialah (120 hari). Jadi pastikan semasa nak menuntut anda melepasi tempoh menunggu yang telah ditetapkan. Namun begitu jika penyakit kritikal, jika berlaku selepas sebaik 120 selalunya pihak insuran akan membuat siasatan dan boleh mempengaruhi tuntutan anda diluluskan atau tidak terutama jika ada sejarah yang anda sembunyikan. Jika tiada, jangan risau anda berhak menggunakannya.
  3. Rawatan Pesakit Luar Di Klinik – Anda mengalami simptom seperti demam berlarutan, sakit pada mana-mana anggota badan atau apa sahaja simptom yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di klinik. Pergi ke klinik dahulu. Pada tahap ini, bil klinik anda kena bayar sendiri dan tidak ditanggung oleh pihak insuran. Namun, anda dikehendaki simpan setiap bill original rawatan anda di mana jika sakit anda berterusan dan dimasukkan ke hospital, semua bil rawatan pesakit luar anda boleh dituntut . Anda akan dirawat di klinik berdasarkan simptom yang ada. Sekiranya selepas rawatan, simptom berlarutan dan semakin serius, pergi semula ke klinik. Sekiranya perlu, doktor akan mengeluarkan surat supaya anda merujuk kes ini kepada pakar di hospital. Ada pengendali insuran menawarkan tanggungan Pra hospital selama 90 hari.
  4. Hubungi Agen atau syarikat insuran anda – Apabila anda telah mendapat surat rujukan ke hospital atau kes-kes kecemasan, beritahu pihak takaful dengan menelefon nombor yang tertera di belakang kad perubatan atau beritahu agen yang menguruskan permohonan kad perubatan takaful anda. Anda boleh menunggu sehingga guarantee letter dikeluarkan baru pergi ke hospital, atau pergi ke hospital terus. Bagi kes kecemasan, terus ke hospital. No question about it.
  5. Guarantee letter – Guarantee letter akan diproses dan memerlukan kelulusan pihak insuran takaful terlebih dahulu dan sekiranya berlaku kecemasan dan admission ke hospital pada waktu malam, GL akan diproses pada hari berikutnya. Deposit ini dikenakan sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan takaful
  1. Deposit Hospital – Walaupun kad perubatan anda 0 deductable (Full coverage), anda masih perlu meletakkan deposit semasa kemasukan, tapi biasanya deposit ini adalah sekitar RM200 – RM500 sahaja. Deposit bergantung kepada polisi hospital, ada yang tak minta kalau anda mempunyai kad perubatan takaful (lebih-lebih lagi full coverage). Deposit ini akan dikembalikan selepas discharge namun kebiasaannya ada lain-lain charge dikenakan oleh pihak hospital sepeti yuran pendaftaran atau bil-bil yang tidak termasuk dalam senarai polisi anda. Bakinya baru diulangkan kepada anda. Jika kad anda ada deductable atau co takaful, pihak hospital akan menolak dari wang deposit yang telah anda bayar.
  2. Kemasukan tanpa history – Anda mendapatkan rawatan dengan tenang. Bagi yang dah ada GL, lupakan masalah lain dan fokus penyembuhan cepat-cepat sahaja. Jika had tahunan anda tinggi contoh macam yang company kami offer RM850 000 hingga RM2.4 juta setahun anda sudah tidak perlu risau berapa biil yang akan anda tanggung. Bagi yang belum mendapat GL, biasanya GL akan siap diproses dan difax ke hospital sebelum jam 12 tengah hari sekiranya admission anda pada malam sebelumnya.
  3. Masalah exclusion – Anda hanya akan mengalami masalah besar semasa mendapatkan GL sekiranya penyakit yang anda hidapi adalah di dalam senarai exclusion polisi anda (kalau sebelum ambil polisi sihat, maka tiada exclusion) dan polisi anda lapsed kerana anda tidak menjelaskan bayaran bulanan. Penting ya! Sila pastikan bayaran anda up-to-date untuk mengelak daripada mengalami masalah di saat anda amat memerlukan bantuan kad perubatan.
  4. Discharge – Rawatan selesai dan anda mendapat berita baik daripada doktor bahawa anda akan discharge. Hospital akan menyediakan bil berserta laporan perubatan yang akan difax terus ke pejabat pengendali insuran takaful anda.
  5. Mungkin perlu menunggu lama sedikit – Pihak insuran Takaful akan review laporan doktor dan bil hospital. Biasanya proses discharge ini akan mengambil masa antara 2 jam sehingga 4 jam. Jangan khuatir, anda masih boleh menunggu di wad / bilik anda dengan selesa sehingga proses discharge selesai. Tunggu dengan tenang dalam bilik wad buka di lobi atau kaunter bawah. sudah pasti bilik anda akan dilengkapi dengan tv flat screen dengan saluran Astro. Boleh relax dulu sambil minum kopi.
  6. Menjelaskan bil dan pemulangan deposit – Kalau tiada masalah, bil anda akan terus dilangsaikan oleh pengendali insuran Takaful. Anda hanya perlu menandatangani bil akhir dan mungkin akan dikenakan bayaran sekiranya plan anda mempunyai co-takaful. Deposit juga akan dipulangkan atau anda perlu top up deposit tadi kalau tak cukup nak tanggung bayaran co-takaful.
  7. Semak resit anda – Anda boleh pulang ke rumah dengan senang hati. Anda pasti terkejut melihat jumlah bil yang dikenakan untuk rawatan anda. Ada nilanya ribu, puluhan ribu malah ada yang mencecah ratusan ribu. Pada waktu ini baru anda rasa pilihan anda mengambil insuran takaful adalah sangat-sangat tepat dan berbaloi. Bayangkan kalau anda terpaksa menampung segala bill itu, tentu wang simpanan anda selama ini akan terbang begitu sahaja malah kalau tak cukup lagilah pening kepala. Sakit dah baik dating pulak sakit baru nak cari duit satttlekan hutang.
  8. Tuntutan bil pra hospital dan elaun harian – Bil klinik yang dibayar sebelum masuk hospital perlu diserahkan kepada agen untuk menguruskan tuntutan bagi pihak anda. Anda hanya perlu menandatangani beberapa borang untuk tujuan tuntutan bil klinik tadi. Sekarang senang claim dibuat melalui apps di talian sahaja. Cepat dan mudah, duit pun cepat dapat. Kalau ada elaun hospital, tungu je, nanti semak bank akaun anda, adala tun anti duit elaun masuk. Baguskan, Saya ada tawaran elaun penganti pendapatan bila masuk hospital sehingga RM500 sehari!!!
  9. Tuntutan Post Hospital – Selalunya lepas warded, ada rawatan susulan Bersama doctor anda seperti fisiotrapi, dressing dan pemantauan perkembangan. Semua bil klinik yang berkaitan sebelum dan selepas kemasukan anda ke hospital boleh dituntut semula. Syarikat insuran kami menawarkan bil klinik berkaitan 90 hari sebelum admission dan 180 hari selepas admission untuk pemeriksaan follow up boleh dituntut.Anda bayar dulu dan tuntut kemudian. Hanya perlu serahkan bill original… ingat bill original.

MACAM MANA NAK CLAIM KALAU KES KECEMASAN?

Kita ambil situasi anda mengalami kemalangan dan memerlukan rawatan segera.

  1. Terus ke wad kecemasan hospital. Bawa kad perubatan atau kalau tiada pastikan anda mempunyai rekod nombor polisi anda. Sebenarnya guna no. IC pun dah boleh sahkan yang anda mempunyai kad perubatan.
  2. Anda mendapat rawatan. Proses GL akan berlaku berdasarkan point di atas tadi.
  3. Discharge semua sama macam step yang diterangkan atas tadi.

KESIMPULAN

Dalam kedua-dua situasi di atas:

  1. Yang sebenar-benarnya boleh admit ke hospital tanpa perlu pengurus takaful anda berada di sisi anda. Kalau saya, beritahu je melalui telefon dan saya akan guide dan bantu untuk uruskan GL dan sehingga anda discharge.
  2. Pastikan sumbangan ke dalam plan takaful anda mencukupi tiap-tiap bulan bagi memastikan kelancaran tuntutan dan admission.
  3. Saya boleh bantu anda dalam situasi admission, discharge dan proses menuntut bil klinik serta elaun harian anda.
  4. Boleh hubungi saya untuk temujanji di 012-2730191

Credit to BijakTakaful

 

10 LANGKAH CARA GUNA MEDICAL CARD

  1. Dapatkan diognos kesihatan anda di bahagian kecemasan hospital ataupun klinik.
  2. Jika dinasihatkan oleh doctor untuk masuk ke hospital, anda perlu dapatkan surat rujukan kepada hospital swasta berdekatan.
  3. Bawa surat rujukan (refer letter) tersebut ke hospital swasta dan pergi ke kaunter admission.
  4. Tunjukkan medical card anda/kad pengenalan dan kenalkan syarikat Takaful anda.
  5. Dapatkan pengesahan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syrikat Takaful anda.
  6. Urusan ini akan diuruskan oleh pihak hospital dengan syarikat Takaful anda.
  7. Sebelum admit, pastikan GL telah dikeluarkan.
  8. Jika belum, sebaiknya elakkan dari terus admit melainkan kes kemalangan/kecemasan supaya tidak timbul kes yang tidak diingini seperti L reject.
  1. Gagal hubungi ejen? Boleh mesej/wasap ejen anda untuk memaklumkan.
  2. Andai kata langkah 1-9 ini anda terlupa. PASTIKAN PANDUAN TERAKHIR INI ANDA INGAT!Iaitu simpan nombor BANTUAN KECEMASAN 24JAM MEDIKAL KAD SYARIKAT ANDA.

 

7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

  1. Anda tidak mengesahkan penyakit sedia ada

Dalam kontrak Takaful, anda perlu mengesahkan sekiranya anda ada menghidapi  penyakit sewaktu memohon pelan Takaful tersebut. Ketahui bahawa pihak Takaful boleh mendapatkan laporan perubatan dari jabatan tuntutan yang akan melakukan siasatan sebaik sahaja tuntutan dibuat. Jika anda membuat tuntutan untuk penyakit yang sedia ada yang tidak diisytiharkan, tuntutan Takaful bakal ditolak. Oleh itu berlaku jujur dan dedahkan maklumat sebenar.

  1. Anda tidak memahami terma dan syarat perlindungan Takaful

Perlindungan Takaful adalah berbeza antara syarikat Takaful. Oleh itu, anda disarankan untuk memahami terma dan syarat bagi pelan yang dimohon, terutamanya jenis penyakit dibawah tuntutan dan sebaliknya. Fahami juga perbezaan antara pelan perubatan dan pelan penyakit kritikal.

Bagi pelan perubatan, perlindungan adalah untuk situasi kecemasan yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital. Pelan ini akan menanggung kos sepanjang pesakit di wad serta rawatan yang diperlukan. Pelan penyakit kritikal pula akan memberikan pemegang bayaran sekaligus berdasarkan peratus didalam kontrak jika pemegang pelan didiagnosis dengan penyakit kritikal.

Sebelum memohon mana pelan Takaful, pastikan anda dapatkan penjelasan dari ejen Takaful mengenai perlindungan yang ditawarkan oleh pelan tersebut.

  1. Pelan Takaful anda telah luput

Anda mungkin terlupa untuk membuat bayaran bulanan, dan ini akan menyebabkan pelan tersebut luput.  Oleh sebab itu, apabila anda ingin membuat tuntutan, ia akan ditolak kerana anda sudah tidak berada dibawah perlindungan Takaful tersebut. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, pastikan anda boleh dihubungi ejen Takaful kerana mereka bertanggungjawab untuk menghantar peringatan sekiranya pelan Takaful anda hampir luput. Pastikan nombor telefon serta maklumat lain anda dikemaskini seperti e-mel dan alamat supaya anda boleh dihubungi.

  1. Tuntutan anda melebihi jumlah perlindungan

Untuk pengetahuan anda, setiap pelan Takaful memiliki had tuntutan tahunan. Contohnya, pelan anda memiliki had sebanyak RM100,000 setahun. Jadi, setiap tahun, anda hanya boleh membuat tuntutan tidak melebihi dari jumlah tersebut. Tuntutan yang melebihi jumlah perlindungan tahunan akan ditolak.  Jadi, sebelum memilih pelan Takaful, pastikan anda lihat pada had tahunan pelan tersebut. Ini kerana ramai yang hanya akan fokus ke jumlah tuntutan keseluruhan sepanjang hayat sahaja.

  1. Tuntutan dibuat dalam tempoh menunggu

Walaupun anda telah berjaya memiliki pelan Takaful, biasanya ada tempoh menunggu sebelum tuntutan boleh dilakukan. Bergantung kepada polisi dan jenis tuntutan, tempoh menunggu ini ialah sekitar 1 bulan hingga 3 bulan. Oleh itu, jangan berlengah untuk dapatkan perlindungan insurans bagi anda dan keluarga. Kita tidak tahu bila musibah bakal menimpa.

  1. Terlepas tempoh menghantar tuntutan

Sesetengah polisi Takaful juga akan menetapkan tarikh masa untuk menghantar tuntutan. Walaupun anda layak dan telah menyediakan dokumen sokongan secukupnya, tuntutan akan ditolak jika anda terlepas tarikh tersebut. Jangan berlengah untuk menghantar tuntutan. Biasanya, tempoh yang diberikan untuk anda lakukan tuntutan ialah 3 bulan dari tarikh rawatan. Namun seperti yang telah dimaklumkan, ianya berbeza bergantung kepada pelan Takaful oleh itu anda dinasihati untuk dapatkan semua maklumat ini dari syarikat Takaful tersebut.

  1. Maklumat tidak lengkap

Walaupun kami sarankan anda untuk tidak berlengah, jangan pula tergesa-gesa untuk menghantar tuntutan! Silap-silap, anda akan terlepas bahagian penting yang perlu dilengkapkan. Ambil masa untuk baca dan memahami borang tuntutan sebelum ianya dihantar, berserta dengan dokumen sokongan secukupnya. Seeloknya, isi sendiri dan jangan bergantung kepada ejen Takaful anda untuk lakukan proses ini.

 

Langkah Perlu Diambil  Jika Anda Dianiaya Syarikat Takaful

Seperti yang telah dibincangkan diatas, terdapat beberapa sebab tuntutan Takaful anda ditolak. Jika ianya atas sebab teknikal, anda boleh menghantar semula tuntutan. Namun, jika anda merasakan bahawa semua syarat tuntutan telah dipenuhi tetapi tuntutan anda masih lagi ditolak, anda boleh mendapatkan bantuan.

Anda boleh hubungi Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) untuk mendapatkan khidmat mereka secara PERCUMA. OPK merupakan organisasi bukan keuntungan yang diselia oleh Bank Negara Malaysia. Sebagai salah satu alternatif untuk menyelesaikan pertikaian tuntutan  dari pengguna di Malaysia, OPK akan bertindak sebagai orang tengah antara institusi kewangan dan pengguna. Dalam kes ini, anda boleh meminta pandangan dan bantuan mereka. Namun, sesetengah kes bukan dibawah bidang kuasa agensi ini. Berikut merupakan kes-kes dibawah bidang kuasa OPK:

Nazeri 012-2730191

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest
Nazeri

Nazeri

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *