UMUR 75 TAHUN MASIH NAK TANAM DURIAN? SEMPAT KE RASA HASILNYA?

Ketika seorang anak muda bertanya soalan ini kepada seorang pakcik tua yang sedang gigih menanam durian Musang King, pakcik tersebut terhenti seketika lalu memandang anak muda tersebut. Sambil mengelap keringat yang mengalir pada wajahnya. Dia tersenyum dan berkata. Ya, memang mungkin tak dapat dah kot nak merasa buahnya. Tetapi, rasanya masih sempat lagi untuk menikmati pahala yang bakal diterima di akhirat kelak.

                Masih teringat seketika dahulu, ayah ada menanam 4 batang pokok durian di belakang rumah. Pokok durian kampung. Bila musim berbuah semua pokok berbuah lebat. Kami adik beradik seramai 13 orang makan pun masih berlebihan. Kami tidak menjualnya sebaliknya memberikan sahaja kepada sesiapa saja penduduk kampung yang mahu makan durian tersebut. Masa itu ayah dan ibu telah tiada. Bayangkanlah peninggalan pokok yang ditanam itulah yang menjadi kami adik beradik berkumpul masa musim buah. Ramai yang dapat merasa buah hasil tanaman ayah. Bayangkalah pahala yang masih mengalir walaupun mereka telah tiada agi di muka bumi ini.

                Setiap ibubapa yang kasih kepada anaknya pasti akan berbuat sesuatu untuk meninggalkan manfaat yang mampu dikecapi oleh anak-anak mereka samada semasa mereka masih hidup juga persediaan apabila mereka kembali ke pangkuan pencipta kelak.

                Kita yang hidup di zaman sekarang mungkin sukar untuk berbakti sebagaimna ibu bap kita dahulu. Kebanyakan tinggal di bandar-bandar dan jika tinggal di kampung sekalipun tidak semua mampu memiliki tanah sendiri untuk tanam durain dan sebagainya.

                Terkait dengan cerita ini, terjumpa dengan seorang client bertanyakan tentang Pelan Hibah Takaful RM1 Juta. Setelah memberikan penerangan maka dia bersetuju untuk menadatangani  dan membayar premium bulanan sebanyak RM600 sebulan. Ketika meletakkan penama dia telah menyatakan hasratnya untuk mengagihkan sebanyak 60 peratus dibahagikan kepada anak-anak dan isterinya manakala baki 40 peratus lagi dia minta isterinya menginfakkan wang tersebut bagi tujuan amal kebajikan, serta didemakan kepada masjid dan surau.

                Saya juga sempat berkongsi dengan dia bagaimana orang membeli hibah atau insuran hayat kerana ingin melahirkan generasi jutawan dalam keluarga mereka. Anda boleh klik di sini untuk membaca BAGAIMANA MELAHIRKAN JUTAWAN DALAM KELUARGA MELALUI INSURAN HAYAT ATAU HIBAH TAKAFUL.

                Di sini saya mahu kongsikan contoh tawaran insuran hayat yang sangat mampu milik untuk dipertimbangkan.. Tidak perlu bersemuka hanya perlu melengkapkan sesi secara online untuk memohon.

Nazeri 012-2730191

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest
Nazeri

Nazeri

Ejen Insuran dan Takaful Berdaftar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *