Apa itu Insurans Hayat?

Apakah liputan perlindungan Insurans Hayat?

Mengapa Insurans Hayat penting?

Apa itu Insurans Perubatan?

Apakah perlindungan yang diliputi oleh insurans perubatan?

Apa itu Insurans berkaitan pelaburan (Investment Link)

Ketika waktu Pendemik Covid 19 yang sedang melanda sekarang, kebanyakan perniagaan terjejas teruk namun dalam industi insuran berlaku keadan yang bercampur-campur di mana ada menyaksikan peningkatan kesedaran di kalangan orang ramai untuk memiliki insuran/takaful sebagai salah satu usaha menghadapi situasi buruk yang mungkin akan menimpa mereka dan keluarga mereka. Ramai yang keliru sama ada nak ambil Insuran Hayat saja atau Insuran Perubatan atau Insuran yang merangkumi semua dalam satu dalam Insuran berasakan Pelaburan.

Apa itu Insurans Hayat?

Insurans hayat ialah salah satu usaha membeli jaminan  kewangan kepada tanggungan seperti isteri, anak-anak atau keluarga terdekat  sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal . Ada yang menawarkan pampasan penyakit kritikal serta kemalangan mengikiut jenis plan yang diambil. Pelan insurans hayat ada yang Konvensional dan juga Takaful.

Sebelum anda mengambil polisi insurans hayat, pastikan anda berurusan dengan ejen sah yang berdaftar. Periksa sama ada ejen tersebut memiliki kad kuasa yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Sebagai panduan, rujuk senarai ini untuk ejen dan syarikat insurans berdaftar dari Bank Negara.

Lihat juga: Sebab Anda Perlukan Insurans Hayat

Apa itu Insurans Perubatan?

Insurans perubatan menawarkan perlindungan untuk menanggung kos perubatan dan pembedahan. Jenis kecederaan, penyakit, dan rawatan yang diliputi oleh insurans perubatan adalah berbeza, bergantung kepada jenis insuran perubatan yang diambil. Semakin luas perlindungan perubatan yang diberikan, semakin mahal jumlah premium untuk polisi insurans perubatan tersebut.

Apakah perlindungan yang didapati daripada insurans perubatan?

Kemudahan kemasukan ke hospital dan pembedahan:  menyediakan perlindungan untuk kos rawatan di hospital dan kos pembedahan untuk penyakit yang tersenarai dalam polisi.

Pampasan penyakit kritikal: menyediakan faedah sebaik sahaja didiagnosis daripada  36 jenis penyakit kritikal malah ada yang menawarkan sehingga 121 jenis penyakit kritikal.

Pampasan hilang upaya: menyediakan sumber pendapatan berterusan untuk menggantikan pendapatan sebelum hilang upaya dan jika tidak mampu berkerja akibat dari penyakit atau kecederaan.

Elaun hospital: menyediakan bayaran, sama ada harian, mingguan, atau bulanan,  bergantung kepada had perlindungan, sekiranya anda perlu dirawat di wad hospital untuk proses pemulihan.

Ringkasan perbezaan antara insurans hayat dengan insurans perubatan

 

Ciri-Ciri

Insurans Hayat

Insurans Perubatan

Mengapa ia penting?
  • Melindungi kewangan keluarga sekiranya anda meningggal dunia. Boleh membantu mereka untuk menyara hidup, walaupun anda telah tiada
  • Menampung kos rawatan di hospital dan rawatan berkaitan
Manfaat utama
  • Wang jaminan akan dibayar kepada penama insurans
  • Menampung kos rawatan sehingga had maksimum perlindungan dan situasi-situasi lain
Liputan perlindungan
  • Menawarkan tanggungan kewangan bagi mereka yang tidak mampu bekerja disebabkan kecacatan, ataupun ahli keluarga kepada pemegang insurans yang telah meninggal dunia.
  • Untuk pemegang individu atau berkelompok.
  • Insurans hayat berkelompok biasanya ditawarkan sebagai faedah kepada pekerja.
  • Liputan untuk kos rawatan dan hospital.
  • Untuk individu, keluarga, dan kumpulan.
Jenis pelan
  • Pelan bertempoh, pelan simpanan, pelaburan anak-anak, persaraan, dan banyak lagi
  • Pelan insurans kesihatan komprehensif, liputan penyakit kritikal, dan banyak lagi
Pelepasan cukai
  • Pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk insurans hayat dengan KWSP bagi diri sendiri dan pasangan
  • Pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk premium insurans kesihatan bagi diri sendiri, pasangan, dan anak-anak

Nazeri 012-2730191

wpChatIcon