Nazeri

Nazeri

Ejen Insuran Takaful berdaftar dan 15 tahun pengalaman dalam industri

DAPAT MESEJ CARUMAN INSURAN/TAKAFUL ANDA NAIK? KETAHUI PUNCANYA DAN 4 PERKARA YANG ANDA PERLU LAKUKAN

“ Ehh Naik lagi premium insuran aku ni”

“Sumbangan takaful aku pun naik jugak, rasanya ni dah kali kedua, banyak pulak tu!”

Kebelakangan ini banyak terdengar keluhan baik secara langsung atau luahan dalam media sosial bila ada kawan-kawan dapat mesej  harga takaful insuran mereka naik. Saya bersama 4 orang tangungan di bawah saya juga terkesan dengan kenaikan ini.

Disaat kita dilanda wabak pandemik covid-19, berita kurang enak didengar oleh pelanggan-pelanggan sedia ada ini sedikit sebanyak menimbulkan kesan kepada mereka terutama yang menghadapi kesulitan kerja atau bilangan tanggungan yang ramai. Selalunya  kenaikan harga atau repricing polisi ini berkait langsung dengan manfaat kad perubatan (medical card).

Tahukan anda apa punca menyebabkan kenaikan ini?

1. Kos perubatan di hospital meningkat kerana :

a)Teknologi perubatan yang semakin canggih & pembelian alatan & ubatan import meningkatkan lagi kos rawatan ditambah dengan kadar ringgit yang rendah.

b) Peningkatan penyakit di kalangan pelanggan kerana gaya hidup yang tidak sihat,stress dan diet pemakanan tidak sihat menyebabkan lebih ramai memerlukan perkhidmatan kesihatan.

c) Jangka hayat pelanggan yang semakin panjang.Ini menyebabkan perkhidmatan kesihatan yang semakin panjang juga diperlukan.

2. Kenaikan yuran profesional para doktor yang dicaj kepada pesakit seperti yang telah diluluskan oleh Majlis Pengamal Perubatan Malaysia.

3. Bank Negara Malaysia pada Julai 2019 mensyatratkan semua syarikat insurans & takaful perlu memastikan produk-produk insurans / takaful investment link mereka mengenakan “Minimum Allocation Rates” atau MAR sebanyak 60% dengan tujuan supaya polisi berkenaan boleh bertahan lebih lama berbanding sebelum ini.Syarikat perlu memastikan caruman dan nilai tunai boleh bertahan sehingga tamat tempoh polisi.Oleh yang demikian,polisi atau pelan-pelan lama yang dimiliki pelanggan sebelum syarat baru ini akan dikira semula (repricing) untuk memastikan syarat Bank Negara Malaysia dipenuhi.

4. Konsep insuran/Takaful adalah berdasarkan sumbangan bersama dalam bentul pool/Tabung Tabarru’ untuk membayar tuntutan perubatan kepada peserta. Tuntutan yang semakin meningkat telah menjejaskan tabungan melebihi jangkaan syarikat maka telah berlaku pembayaran yang lebih tinggi dari kiraan,sedangkan kadar sumbangan para pelanggan masih kekal.

Syarikat faham mungkin tuan/puan tertanya kenapa terlibat dengan kenaikan ini sedangkan tidak pernah membuat tuntutan. Ya memang benar persoalan itu kalau ikut logiknya tetapi perlu difahami kita menyertai Pelan Takaful adalah berkongsi risiko untung rugi secara bersama.

Sebagai contoh mudah kita baru sertai pelan takaful selama 2 tahun dengan jumlah sumbangan RM200 sebulan X 24 bulan = RM4,800 jumlah caruman secara kasarnya.

Ditakdirkan diuji dengan penyakit dan dirawat dengan kos bil hospital RM10,000 dan dibayar oleh Tabung Tabarru’ RM10,000 kepada hospital. Persoalannya, dari manakah RM10,000 tadi sedangkan kita baru mencarum RM4,800? Maknanya RM5,200 itu datangnya dari Tabung Tabarru’ yang dikutip dari semua peserta takaful.

Mungkin hari ini kita carum kita tak guna tapi orang lain yang guna, satu masa nanti mungkin giliran kita pula guna.

    Cuba kita lihat hari ini , apakah barangan yang kita mampu beli dengan RM100 berbanding 5 tahun lepas je. Dari situ kita dapat memahami keadaan kenaikan ini.

Jadi apakah jalan penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk mengatsi masalah ini?

  1. Downgrade

Tengok jenis  plan, dengan cara downgrade plan sedia ada boleh merendahkan bayaran insuran atau takaful anda.

Selalunya plan Full Coverage menyebabkan kenaikan yang tinggi. Anda boleh downgrade kepada Ko-Takaful. Ia tidak akan mengubah coverage polisi. 

Semak dengan ejen korang jika ada option macam ni.

  1. Teruskan

Jika harga masih dalam kemampuan, manfaat yang ditawarkan pun masih releven dengan keadaan semasa, bolehlah teruskan.

Plan yang dah diambil lama(1-2 tahun) peluang tuntutan untuk urusan claim agak mudah berbanding dengan plan baru. Lebih baik teruskan.

Cuma kalau nak teruskan masih relevenkah plan tu buat masa sekarang. Jangan harga yang anda bayar macam perumpamaan 5 tahun dulu anda hanya beli Kereta Kancil tapi sekarang terpaksa bayar harga kereta Honda. Kereta kancil anda tetap kereta kancil tak berubah pun jadi Honda. Contohnya kenaikan premium anda RM250 daripada RM150 yang anda beli dulu dengan manfaat perubatan RM50 000 setahun dan had seumur hidup RM500 000. Bayaran je berubah, tapi manfaat masih sama. Sedangkan dengan harga baru itu jika anda beli plan baru anda boleh dapatkan RM1.5 juta setahun dan tiada had seumur hidup serta dengan full coverage. Tentu anda rasa rugikan, tambahan dengan kos rawatan hospital yang semakin meningkat RM50 000 setahun tu dah memang rendah sangat dah sekarang. Bedah lutut ACL pun cecah RM30 hingga RM40K. Bayangkanlah kalau kena yang kritikal yang kos bill main ratusan ribu.. Mana nak cukup tu….

Kalau saying juga plan lama tu…boleh la Klik Sini untuk plan tambahan dengan deductable.

  1. Ambil plan baru

Jika nak stop plan lama dan sign up plan baru, ia agak kurang bijak. Ini kerana setiap plan baru ada tempoh menunggu dalam 12o hari. Dalam tempoh 120 hari biasanya sakit kritikal tak cover. 

Jika nak stop juga, pastikan sign up dulu plan baru dan tunggu sehingga tempoh menunggu tamat, then baru terminate plan insuran takaful yang lama. Sebaiknya kekalkan plan lama sehingga 2 tahun kerana plan baru tertakluk kepada Contestable Period. Klik sini untuk baca apa itu Contestable Period .

  1. Stop Terus

Ini adalah pilihan terakhir. Anda boleh berhenti jika anda tak kisah untuk dirawat di hospital kerajaan, atau anda sudah ada wang simpanan sendiri untuk bayaran bill perubatan anda di hospital swasta. Secara peribadi, setiap individu wajar mempunyai satu polisi insuran atau takaful hayat. Ini kerana berdasarkan kepada kadar peningkatan masalah kesihatan, dan juga kadar kos rawatan perubatan yang semakin tinggi memerlukan satu mekanisma yang dapat  membantu meringankan kos bayaran perubatan bila memerlukan.

Tetapi, jika tiada pilihan lain. Jangan pula membebankan diri. InsyaAllah kita masih lagi rakyat Malaysia yang layak menerima rawatan sewajarnya di hospital kerajaan. InsyaAllah.

Anda perlukan khidmat nasihat untuk review polisi anda, InsyaAllah pengalaman saya lebih 14 tahun dalam industry Insuran Takaful boleh saya gunakan untuk meberi khidmat nasihat kepada and ajika perlu. Hubungi Nazeri 012-2730191.

Nazeri 012-2730191

Share this post

wpChatIcon