RAMAI MENGAKU ADA INSURAN, TAPI BILA SAKIT MASUK HOSPITAL KERAJAAN… KETAHUI 8 SEBABNYA KENAPA

Ungkapan Insuran penipu sering didengari terutama kepada mereka yang pernah mempunyai pengalaman masuk wad tapi Guarantee Letter  tak lulus, bil kena bayar sendiri dan kesudahannya terpaksa beralih ke hospital kerajaan kerana tidak mampu menampung kos rawatan yang telalu tinggi dan tidak ditanggung oleh pihak insuran seperti yang diharapkan. Lebih parah jika terpaksa pula bayar bil di hospital swasta.  Lalu disebarkan bahawa ejen tak cerita benda betul dan menipu, syarikat insuran penipu.

Kenapa ya? Betulkah insuran penipu? Atau agent yang Penipu?

Antara Sebab Utama adalah…

1. Policy Lapsed/ tak Inforce. Polisi dah mati

Policy lapsed ini bermaksud, polisi dah mati atau TIDAK berkuatkuasa (inforce ) akibat daripada tidak membuat bayaran kepada akaun insuran takaful tersebut. Syarikat insuran takaful tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Anda mesti ambil tahu pasal perkara ini. Pastikan jangan sampai polisi anda lapsed. Jangan ambil mudah soal keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan. Diingatkan sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED. Jika policy dah LAPSED, anda boleh  hidupkan balik dalam tempoh tertentu, tapi kena tunggu 30 hari grace period semula. Jika anda sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period,  memang TIDAK BOLEH dah nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed.

Cara atasi; Elakkan buat bayaran secara tunai jika anda bukan seorang yang berdisiplin. Buat potongan bank, potongan gaji atau potongan melalui debit dan credit card. Namun kena selalu semak bayaran atau potongan bulanan berjaya atau tidak. Sekarang kebanyakan syarikat insuran ada menyediakan portal pelanggan di mana anda boleh menyemak status polisi anda termasuk bayaran dalam portal tersebut.

2. Pastikan jenis insuran yang anda ambil.

Setengah pelanggan, tidak memahami apa jenis polisi yang mereka ambil. Ada yang terbeli melalui panggilan telefon dengan tawaran yang sangat bagus dan dengan harga yang sangat murah lalu terpengaruh dan terus bersetuju tanpa melihat dan memahami apa yang sebenarnya polisi itu ditawarkan. Bila ditanya dah ada insuran? Jawapan dah ada tapi bila nak claim tak dapat. Nanyaa…. Contoh polisi yang perlu anda tahu.

i. Policy Insurance Hayat/Hibah – Ramai terkeliru dengan perlindungan manfaat penyakit kritikal. Polisi ini adalah untuk pampasan keilatan kekal, kematian, simpanan pelaburan dan ada yang menawarkan rider untuk penyakit kritikal . Ini bukan polisi insuran perubatan.

ii. PA Insuran – Personal Accident Policy. Polisi ini murah dan ditawarkan perlindungan yang tinggi dengan elaun hospital bagai tapi harus diingat ini hanyalah jika berkaitan kemalangan sahaja ya.

Cara atasi : Pastikan insuran yang anda ambil adalah insuran perubatan yang ada medical card atau manfaat perubatan. Fahami polisi, tanya ejen betul-betul, tambahkan penegtahuan dengan membuat bacaan seperti dalam blog saya ini, baca quotation yang diberi sebelum tandatangan.

3. Waiting period (Tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (enforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.

Tips, Jika dah terlintas nak ambik insura takaful jangan berlengah, kerana tempoh 120 hari tu agak lama untuk tidak berlaku apa-apa dalam tepoh itu. Namun tempoh 120 hari ini juga tertakluk kepada contestable period juga ya.

4. Contestable Period

Satu tempoh selama 2 tahun dari tarikh sijil takaful anda mula aktif atau inforced. Ini adalah sebahagian dari arahan Bank Negara Malaysia terhadap semua syarikat operator Takaful/Insuran untuk memastikan setiap tuntutan adalah tidak berlaku unsur penipuan.

Syarikat Insuran Takaful perlu melakukan siasatan terlebih dahulu bagi memastikan penyakit tersebut adalah penyakit yang dilindungi dan bukan penyakit sedia ada (existing illness). Selalunya pihak insuran takaful akan membuat semakan rekod klinik dan hospital dalam 10 km radius.

Jika didapati penyakit tersebut adalah baru dan boleh dilindungi, syarikat insuran Takaful akan bayar semula semua kos rawatan yang telah dilakukan mengikut had kad perubatan anda. Sekarang anda faham, walaupun sudah mencarum lebih setahun, kad perubatan anda tak semestinya senang untuk digunakan terutama untuk penyakit melibatkan organ dalaman, darah, ENT & penyakit kritikal.

Tetapi, ini bukan bermakna dalam tempoh 2 tahun anda tidak boleh langsung menggunakan kad perubatan anda. Terdapat beberapa keadaan seperti kemalangan, demam panas, denggi boleh digunakan di hospital swasta. Jika sisatan tiada berkaitan dengan rekod sedia ada, tiada masalah bagi anda.

Tindakan: Jika dah ada niat dan faham tentang perlunya ada pelindungan Insuran Takaful, jangan bertangguh kerana masa yang terbaik untuk ambil polisi insuran Takaful adalah sekarang.

5. Penggunaan manfaat Hospital & Pembedahan telah melebihi had ditetapkan

Salah satu faktor yang paling ramai client yang terpaksa convert rawatan ke hospital kerajaan kerana sebab ini. Ada yang ambil insuran dah lama sejak awal mereka kerja, tak pernah buat review dan rasa dah ada insuran tu kira dah ok la. Sebagai contoh had tahunan bagi setiap polisi Hospital & Pembedahan anda RM50k dan had seumur hidup adalah RM500k. Dulu mungkin anda rasa jumlah ni dah cukup bagi anda. Tapi dengan kadar inflasi dan cas perkhidmatan hospital yang semakin naik, jumlah ini dikira sudah tidak releven dan jauh daripada cukup untuk kos rawatan hari ini. Situasinya jika bil yang dikenakan adalah RM300k, maka syarikat insuran/takaful akan membayar RM50k sahaja, lebihan RM250k lagi perlu dibayar sendiri oleh pesakit. Pesakit juga harus sedar pembayaran melalui kaedah co-takaful atau deductable bagi mengelakkan salah faham kemudian hari. Anda tahu berapa bill rawatan cancer pada hari ini? Ada yang mencecah ratusan ribu.

Cara atasi, Buat review sama ada dengan agen anda sekarang atau buat perbandingan di pasaran yang sesuai untuk anda hari ini. Saya ada plan yang menawarkan had tahunan yang tinggi RM850 000 hingga RM2.5 Juta setahun tanpa had seumur hidup dan 0 deductable.

6. Manfaat TIDAK TERMASUK (COVER)  dalam Polisi

Ramai yang bertanggapan bahawa apabila mereka ada insuran Takaful, mereka ingat, “Semua Cover”… dan mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat takaful tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu.

Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.

1- Serangan Penyakit Jantung
2- Trauma Kepala Utama
3- Strok
4- Kanser
5- Kegagalan Ginjal(Buah pinggang)
6- Pemindahan Organ Utama
7- Penyakit Lumpuh
8- Sklerosis
9- Hepatitis virus fulminan
10- Koma
11- Buta
12- Penggantian injap jantung
13- Kehilangan Tangan dan Kaki
14- Pembedahan Aorta
15- Alzheimer
16- Hilang pendengaran
17- Hilang Kebolehan Bertutur
18- Kebakaran Parah
19- Penyakit terminal
20- AIDS akibat transfusi darah
21- Penyakit motor neuron
22- Parkinson
23- Penyakit Hati yang kronik
24- Penyakit paru-paru yang kronik
25- Anemia Aplastik
26- Distrofi otot
27- Poliomeilitis
28- Meningitis Bakteria
29- Tumor Otak Benigna
30- Ensefalitis
31- Full Blown AIDS
32- Sindrom Apalik
33- Pembedahan Otak
34- Penyakit koronari yang kronik
35- Penyakit koronari yang memerlukan pembedahan
36- Hipertensi arteri pulmonari

Cara atasi? Baca polisi, jangan hanya dengar ejen cakap. Kalau tak faham tanya kalau dah lupa buat review semula dengan agen anda. Teliti apa yang boleh cover dan tidak. Kebanyakan syarikat insuran menawarkan 36 jenis penyakit, ada 42 jenis. Saya ada plan yang menawarkan perlindungan 77 jenis penyakit specifik

7. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

i. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas ditawarkan)

ii. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

8. Non-Disclosure (Gagal mengisytiharkan penyakit sedia ada)

Sekiranya syarikat takaful mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatakan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat Takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

Macam mana perkara ini biasa terjadi? Sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi takaful berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, tiba-tiba kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, TIDAK BOLEH nak claim. Sebab tempoh menunggu tidak mencukupi.

Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi. Jangan sampai ada polisi tapi kesudahannya terpaksa ke hospital kerajaan juga.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospek … “Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari alternatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi.”

Nazeri 012-2730191

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Nazeri

Nazeri

Sila like dan share jika rasa ianya dapat member manfaat kepada anda dan orang lain juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

wpChatIcon