COVID-19 RISAUKAH KITA KEPADA KESANNYA PADA MASA DEPAN DAN CARA MENDEPANI

COVID 19

Risau Pasal Covid-19???

Bilangan kes yang telah menghampiri 2 Juta dengan kadar kematian mencecah 22000 orang  menjadi antara yang tertinggi di Asia dan agak tinggi berbanding saiz penduduk di peringkat global menyebabkan  ramai rakyat Malaysia  rasa sangat risau dengan wabak ini. Kalau sebelum ini kes yang kita dengar mungkin jauh dari keluarga tetapi sekarang semakin menghampiri malah ada yang telah terkena jangkitan yang melibatkan keluarga sendiri juga.

Usaha menjaga SOP, pengambilan Vaksin dan perlindungan Insuran Takaful adalah antara ikhtiar dalam mendepani wabak ini.

Apakah yang menjadi kerisauan?

  1. Kesan jika positif

Sesudah kita disahkan positif covid ini kemugkinan stage yang terpaksa kita hadapi.

Kategori 1 :

👉🏻 positif tapi tak ada gejala

Kategori 2 :

👉🏻 positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru

Kategori 3 :

👉🏻 positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru

Kategori 4 :

👉🏻 positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan

Kategori 5 :

👉🏻 positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ

Yang kita bimbang adalah kategori 2,3,4 dan 5. Bila dah masuk ketegori ni, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang di panggil LONG COVID!

  1. Kesan pengambilan Vaksin pada masa depan

Terdapat berbagai dakwaan yang kononnya vaksin akan menimbukan kesan buruk kepada penerima pada masa depan. Walaupun hampir kesemua dakwaan tidak sahih itu sudah didedahkan atau dinafikan pihak-pihak yang terlibat.

Sikap skeptik itu kemudian turut menjangkiti mereka yang tidak percaya dengan program vaksinasi dilancarkan di seluruh dunia setelah bekalan diperolehinya.

Dunia maya sekarang mendedahkan kita dengan pelbagai maklumat sama ada betul atau salah. Tidak hairan jika terdapat sebahagian golongon yang percaya bahawa vaksin boleh mendatangkan kesan sampingan pada masa depan dan ini sudah tentunya mengunadang rasa risau di kalangan kita.

  1. Kemunculan Varian Baru yang membimbangkan

Terdapat kebimbangan meluas mengenai kemunculan varian baru ketika kadar jangkitan meningkat di seluruh dunia, dengan varian Delta yang sangat mudah menular.

Risiko lebih tinggi, terutama dalam kalangan mereka yang tidak divaksinasi dan di wilayah di mana langkah-langkah kawalan virus sudah dilonggarkan.

Semua virus, termasuk SARS-CoV-2, yang menyebabkan COVID-19, bermutasi dari masa ke masa dan kebanyakan perubahan tidak banyak mempengaruhi sifat virus.

Jadi kita mungkin terpaksa hidup dalam situasi ini dalam tempoh yang lebih lama dan tentunya kemungkinan terdedah kepada penyakit ini tidak akan terhenti dalam tempoh terdekat ini. Buktinya masa kebelakangan dulu mungkin kita dengar orang yang jauh dari kita yang terkesan kini wabak ini semakin hari semakin menghampiri kita.

  1. Risau Kena bayar bill perubatan yang tinggi di hospital

Baru-baru ini viral di laman sosial berkenaan bill pesakit covid 19 di sebuah hospital swasta yang mencecah lebih daripada RM300 ribu. Kebanyakan hospital swasta juga mengenakan deposit yang tinggi.

Bill covid KPJ

Soal kesihatan adalah penting bagi setiap individu. Dalam situasi kes yang tinggi dan memerlukan rawatan yang lebih baik, mereka sanggup berhabis duit untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Ini belum lagi termasuk kesan Long Covid seperti yang dibincangkan memungkinkan kita akan menghadapi beban kewangan yang terpaksa ditanggung kita pada masa depan.

  1. Risau jika terpaksa meninggalkan keluarga tersayang dalam keadaan belum bersedia.

Sehingga September 2021. Bilangan kes positif telah mencecah melebihi 2 juta orang manakala kes kematian pula telah mencecah 22 000 orang. Saban hari kita melihat dan mendengar berita kematian di media sosial, media massa malah berita dari kalangan komoniti kita, sahabat handai juga keluarga terdekat.

Lebih menyayat hati terdapat keluarga yang kehilangan kedua ibu bapa yang menyebabkan anak-anak hilang tempat bergantung dan terpaksa meminta Ehsan daripada orang ramai.  

Apakah persediaan kita untuk mendepaninya?

Sudah tentunya kita perlu mengambil langkah-langkah serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengambil vaksin sebagai ikhtiar.

Namun kini, kerajaan telah mula melonggarkan perintah kawalan pergerakan dan mahu mengistiharkan Covid sebagai endemik di mana kita terpaksa hidup bersama-sama Covid demi memastikan kelangsungan hidup yang menuntut kebebasan sosial dan juga keadaan ekonomi yang meruncing. Situasi ini akan lebih mendedahkan kita dan kita kenalah pandai menjaga diri kita sendiri.

Selain itu keperluan memiliki Insuran Takaful juga amatlah penting sebagai usaha mengawal kerisauan yang dinyatakan tadi. Anda mulai sekarang patut pertimbangkan jika anda berada dalam situasi ini

  1. Telah memiliki Insuran Takaful tetapi jumlah perlindungannya dengan had tahunan dan hak seumur hidup yang rendah..
  2. Tidak memiliki sebarang perlindungan Insuran Takaful
  3. .Hanya ada perlindungan yang ditawarkan oleh majikan semata. Perlu fikirkan jika anda tiba-tiba kehilangan pekerjaan atau bersara kelak bermakna anda sudah tiada lagi perlindungan yang diberikan itu.
  4. Mahu menyediakan pengganti pendapatan kepada keluarga tersayang jika anda ditakdirkan dijemput terlebih dahulu.
  • Boleh dapatkan pelan perlindungan komprehensif mampu milik di mana kelayakan tahunan dari RM850 000 hingga RM2.4 juta tahunan, tiada had seumur hidup dan full coverage
  • Ketahui plan pengganti pendapatan RM500 000 hingga RM4 Juta dari hanya *RM125 sebulan.

          Ikhtiar dan doa kepada pencipta adalah senjata kita dalam mendepani wabak ini. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan diberikan kekuatan dan kesembuhan kepada semua yang terkesan dengan wabak ini.

Nazeri 012-2730191

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest
Nazeri

Nazeri

Agen Insuran Takaful berdaftar dengan 15 tahun pengalaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *